Wednesday, June 20, 2018

Hari Raya 2018



Alhamdulillah dapat menghabiskan ramadhan dan menyambut syawal tahun ini bersama keluarga di pulau..  Hari ni dah raya ke-6 tapi aku belum berkesempatan berhari raya di rumah saudara dan kawan2.. Mood tahun ni agak slow, mungkin sebab beberapa kesilapan yang timbul di saat2 akhir ramadhan..tapi aku tetap bersyukur kerana semua perkara dapat diselesaikan dengan baik..

Pertama kali dalam hidup aku, hari raya tidak ada baju baru..hmmm...aku menyesal tak beli sebenarnya..pagi raya terpaksa memakai baju kurung yang dah lama..nampak tak kesan kalau kita terlalu mengikut kata hati.. raya kali ni aku banyak muhasabah diri sendiri, aku berazam nak menjadi seorang yg selalu gembira dan menggembirakan orang lain..aku tak nak jadik seperti sebelum ini..

Masa aku balik dari Putrajaya lepas, aku sempat sahur dengan kawan baik di KKIA..aku naik last flight jam 10.30 pm dan smpai dlm jam 1 pagi..kami decide tak nak balik dan duduk kat airport sampai subuh.. banyak perkara aku cerita pada dia, dan lepas tu saja, hati aku rasa lega..terima kasih Allah kerana menghadirkan seorang kawan kerana sudi mendengar..walaupun nasihat dan kata2 dia terkena batang hidung sendiri, tapi aku tetap terima dengan hati terbuka..kerana itulah juga mata dan hati aku terbuka untuk berfikir sejauh mana kesilapan dan kesalahan yang telah aku lakukan.. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya..

Selamat Hari Raya pada semua..

No comments:

Post a Comment