Friday, March 28, 2014

Doa untuk MH370

8 Mac 2014,
bangun pagi aku terdengar kehilangan Kapal MAS MH370 dalam MHI TV3. Berita ni sangat menarik perhatian aku pada masa tu sebab malam 7 mac aku juga berada di KLIA. Pulang ke kampung utk menjenguk ibu yang tidak sihat. flight aku pukul 10.45 pm, dan kalau aku tidak silap aku terdengar pekerja MAS maklumkan pd penumpang MH370 kaunter check in telah di buka sblm aku naek pesawat ke Kota Kinabalu.

28 Mac 2014
Sehingga hari ini Kapal MH370 masih belum ditemui, even PM telah sahkan MH370 telah berakhir dilautan Hindi, dugaan dalam usaha mencari sangat mencabar, hanya pada Allah tempat memohon pertolongan. Pelbagai kata2 orang yg tidak masuk akal di serata dunia. Bayangkan apa perasaan keluarga penumpang yang hilang itu jika terbaca/terdengar cakap2 orang yang lebih sudu pada kuah. sekurang-kurangnya kita cuba fahami perasaan mereka, berdiam diri itu kan lebih baek, lebihkan berdoa dan solat hajat utk penumpang dan anak kapal MH370.

Allah ingin menguji kita, bagaimana penerimaan kita dengan kejadian ini, memang ada hikmah disebalik semuanya, kita cuma perlu bersabar dan muhasabah diri masing2. kepada keluarga penumpang dan anak kapal, semua rakyat Malaysia juga merasai kehilangan, tabahkan hati dan redha terima semua dugaan ini, ingatlah, andalah insan2 terpilih dalam menghadapi ujian ini.

#doauntukMH370