Tuesday, May 30, 2017

Tahun 2017 -

Assalammualaikum pd yg sudi menjengah..

Terlalu lama tidak menulis apa-apa di sini..sungguh tiada kekuatan untuk menulis apa-apa di alam maya..tapi,seminggu lepas,bila ada orang yg bercakap alam maya ini jika kita ikut jalan ke arah putih dan boleh kawal ia,tahu tanggungjawab inshaAllah,akan baik2 sahaja.. 
Hari ini Ramadhan ke empat,syukur alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk berpuasa..setahun berlalu banyak perkara suka duka yg terjadi..biarlah kita ambik yg baik2 itu jadi kan kenangan dan yang buruk jadikan pengajaran yang boleh membuat kita lagi kuat.. aku redha apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ini..dan aku mahu lebih kuat dan lebih menghargai diri sendiri.. Allah telah beri jalan cuma aku tak ikut dan pura2 tak sedar.. sungguh rasa rugi bila setahun hidup berlalu begitu saja..
Keputusan muktamad perlu dibuat..aku tidak mahu jadi beban atau menyusahkan sesiapa.. aku cuma mahu mulai niat semuanya kerana Allah..