Thursday, June 27, 2019

KEHIDUPAN KINI

27 Jun 2019

Assalammualaikum pada sesiapa sahaja yang masih sudi membaca atau terklik blog ini. Lama betul baru dapat update blog ni, banyak juga cerita mau share tapi sikit-sikit jak la kan.. asal boleh diingati oleh aku pun jadik la, buat kenangan..

Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T atas segalanya..hidup aku makin bertambah baik dari sebelum ini, dah ada orang tolong jaga, walaupun kadang-kadang rasa terkongkong jugak sekali sekala, semua benda perlu report, tapi kena terima perlahan-lahan. lagi banyak seronok sebenarnya bila dah berdua. Semua benda yang kau nak buat sentiasa ada teman, dan aku paling bersyukur dapat lelaki seperti dia, banyak perkara kami belajar bersama. Setakat ni susah senang masih bersama dan aku harap biar la kekal ke akhir hayat kami, hingga ke syurga nanti.. amin...

Kisah majlis kahwin aku pun belum diceritakan disini. Tunggu hingga betul-betul dah sedia nanti, akan aku abadikan.. Terima kasih buat suami tercinta yang menyokong aku tak kira apa yang dah jadi selama 11 bulan ni..Lagi sebulan genap lah setahun kita jadik suami isteri, semoga awak sentiasa bersabar dengan perangai saya hinggalah ke Jannah nanti. InsyaAllah..