Wednesday, January 3, 2018

TAHUN 2018... KENANGAN DAN HARAPAN

Assalammualaikum,

Bertemu tahun baru perlu di syukuri terlebih dahulu, alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menikmati bumi tuhan dan yang paling penting masih boleh terus bertaubat untuk dosa-dosa lepas.

Setahun berlalu begitu pantas kan, banyak kisah suka dan duka yang kita dah tempuh. Bagi diri aku sendiri tahun 2017 tahun yang sangat mencabar, banyak perkara-perkara yang menyesakkan hidup. Tapi alhamdulillah masih boleh di tempuh walaupun terlalu banyak airmata dibazirkan. Penulisan ini pun sebenarnya untuk peringatan diri sendiri agar tidak mengulangi perkara sama.

Kisah Diri Sendiri

Aku masih seorang..belum berdua, bertiga .. tapi aku tetap bersyukur, ada hikmah disebaliknya yang kita tak tau..
Pernah juga mengalami kemurungan yang agak teruk tapi alhamdulillah semakin baik..
Aku juga mendapat hadiah pada harijadi.. seronok dapat hp baru..terima kasih pada yang memberi.

Kisah Keseronokan

Tahun 2017 paling banyak aku ke pantai. Pantai buat aku seronok, tenang.. sebab aku boleh tengok air laut dari pagi sampai ke petang. mungkin sebab aku juga orang pulau maka tak lari perasaan tu. dah biasa orang kata. 

Aku berpeluang menaiki Bukit Larut di Perak. Pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika itu. Menikmati keindahan dari atas bukit memang menyenangkan juga. Sangat sejuk di waktu pagi. Sebelum itu aku sempat pergi menaiki Menara Condong di Teluk Intan.

Aku juga berkesempatan melawat tanah Kelantan. pergi ke tengah Kota Bharu, ke hujung Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor..Sangat menarik bila dapat melihat tempat orang. Mungkin tahun 2018 ini perlu banyak berjalan untuk menikmati keindahan negeri-negeri di Malaysia dahulu..bila ada rezeki dan berkemampuan baru lah boleh pergi ke luar negara..

Kisah Kasih

Masih merancang untuk mendirikan masjid. teruskan berdoa kerana Allah maha mendengar.

Kisah Kedukaan

Pakcik yang jaga kebajikan aku dan adik beradik lain bila pulang ke kampung telah meninggalkan kami tahun lepas. Sungguh aku sangat sedih, dalam masa yang singkat pakcik aku sebenarnya menghidap kanser tahap 4 yang boleh bertahan 3 bulan sahaja. Allah lebih sayangkan beliau. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Kucing aku juga mengalami komplikasi dalam badan dan tak dapat diselamatkan. tak dapat bayangkan kesakitan yang si comel aku hadapi.

Harapan

Aku tidak menetapkan azam pada tahun ini, cuma harapan aku semoga tahun 2018 menjadi tahun yang lebih bermakna untuk aku dan keluarga. Diberikan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa muhasabah diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. moga anda yang membaca juga dapat manfaat.. 

No comments:

Post a Comment