Thursday, June 27, 2019

KEHIDUPAN KINI

27 Jun 2019

Assalammualaikum pada sesiapa sahaja yang masih sudi membaca atau terklik blog ini. Lama betul baru dapat update blog ni, banyak juga cerita mau share tapi sikit-sikit jak la kan.. asal boleh diingati oleh aku pun jadik la, buat kenangan..

Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T atas segalanya..hidup aku makin bertambah baik dari sebelum ini, dah ada orang tolong jaga, walaupun kadang-kadang rasa terkongkong jugak sekali sekala, semua benda perlu report, tapi kena terima perlahan-lahan. lagi banyak seronok sebenarnya bila dah berdua. Semua benda yang kau nak buat sentiasa ada teman, dan aku paling bersyukur dapat lelaki seperti dia, banyak perkara kami belajar bersama. Setakat ni susah senang masih bersama dan aku harap biar la kekal ke akhir hayat kami, hingga ke syurga nanti.. amin...

Kisah majlis kahwin aku pun belum diceritakan disini. Tunggu hingga betul-betul dah sedia nanti, akan aku abadikan.. Terima kasih buat suami tercinta yang menyokong aku tak kira apa yang dah jadi selama 11 bulan ni..Lagi sebulan genap lah setahun kita jadik suami isteri, semoga awak sentiasa bersabar dengan perangai saya hinggalah ke Jannah nanti. InsyaAllah..


Saturday, September 8, 2018

Alhamdulillah..bahagia pada akhirnya...

Assalammualaikum...

27 Julai 2018 - Hari Nikah..
Syukur alhamdulillah, setelah banyak sangat dugaan datang akhirnya aku dan Mohd Asyraf selamat di ijabkabulkan.. Ya Allah, sedih,gembira bercampur aduk ..memang akan ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian..Allah saja yang tahu apa yang ada dalam hati aku saat tu..aku bersyukur, ibu,keluarga dan kawan2 ada saat aku memerlukan..

28 Julai 2018 - Majlis di Kota Kinabalu
11 Ogos 2018 - Majlis di Tampin

akan aku cerita di lain masa..

Wednesday, July 25, 2018

Hari Bahagia atau Hari kehancuran??

stress sangat tajuk ni..aku tak tau dah cukup usaha atau hanya doa je yang aku harapkan sebenarnya..ujian Allah memang sangat perit tapi aku yakin di hujungnya nanti pasti akan jadi manis sampai kau akan menangis kerana gembira..Allah uji kita dengan kemampuan yang kita boleh tahan..saa kau nak mengecapi kebahagian yang selama ni kau tunggu2 tapi di sebalik tu sakitnya Allah saja yang tahu..aku yakin segalanya ada hikmah..sabarlah wahai hati..

Wednesday, June 20, 2018

Hari Raya 2018



Alhamdulillah dapat menghabiskan ramadhan dan menyambut syawal tahun ini bersama keluarga di pulau..  Hari ni dah raya ke-6 tapi aku belum berkesempatan berhari raya di rumah saudara dan kawan2.. Mood tahun ni agak slow, mungkin sebab beberapa kesilapan yang timbul di saat2 akhir ramadhan..tapi aku tetap bersyukur kerana semua perkara dapat diselesaikan dengan baik..

Pertama kali dalam hidup aku, hari raya tidak ada baju baru..hmmm...aku menyesal tak beli sebenarnya..pagi raya terpaksa memakai baju kurung yang dah lama..nampak tak kesan kalau kita terlalu mengikut kata hati.. raya kali ni aku banyak muhasabah diri sendiri, aku berazam nak menjadi seorang yg selalu gembira dan menggembirakan orang lain..aku tak nak jadik seperti sebelum ini..

Masa aku balik dari Putrajaya lepas, aku sempat sahur dengan kawan baik di KKIA..aku naik last flight jam 10.30 pm dan smpai dlm jam 1 pagi..kami decide tak nak balik dan duduk kat airport sampai subuh.. banyak perkara aku cerita pada dia, dan lepas tu saja, hati aku rasa lega..terima kasih Allah kerana menghadirkan seorang kawan kerana sudi mendengar..walaupun nasihat dan kata2 dia terkena batang hidung sendiri, tapi aku tetap terima dengan hati terbuka..kerana itulah juga mata dan hati aku terbuka untuk berfikir sejauh mana kesilapan dan kesalahan yang telah aku lakukan.. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya..

Selamat Hari Raya pada semua..

Wednesday, January 3, 2018

TAHUN 2018... KENANGAN DAN HARAPAN

Assalammualaikum,

Bertemu tahun baru perlu di syukuri terlebih dahulu, alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk menikmati bumi tuhan dan yang paling penting masih boleh terus bertaubat untuk dosa-dosa lepas.

Setahun berlalu begitu pantas kan, banyak kisah suka dan duka yang kita dah tempuh. Bagi diri aku sendiri tahun 2017 tahun yang sangat mencabar, banyak perkara-perkara yang menyesakkan hidup. Tapi alhamdulillah masih boleh di tempuh walaupun terlalu banyak airmata dibazirkan. Penulisan ini pun sebenarnya untuk peringatan diri sendiri agar tidak mengulangi perkara sama.

Kisah Diri Sendiri

Aku masih seorang..belum berdua, bertiga .. tapi aku tetap bersyukur, ada hikmah disebaliknya yang kita tak tau..
Pernah juga mengalami kemurungan yang agak teruk tapi alhamdulillah semakin baik..
Aku juga mendapat hadiah pada harijadi.. seronok dapat hp baru..terima kasih pada yang memberi.

Kisah Keseronokan

Tahun 2017 paling banyak aku ke pantai. Pantai buat aku seronok, tenang.. sebab aku boleh tengok air laut dari pagi sampai ke petang. mungkin sebab aku juga orang pulau maka tak lari perasaan tu. dah biasa orang kata. 

Aku berpeluang menaiki Bukit Larut di Perak. Pengalaman yang tak dapat dilupakan ketika itu. Menikmati keindahan dari atas bukit memang menyenangkan juga. Sangat sejuk di waktu pagi. Sebelum itu aku sempat pergi menaiki Menara Condong di Teluk Intan.

Aku juga berkesempatan melawat tanah Kelantan. pergi ke tengah Kota Bharu, ke hujung Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor..Sangat menarik bila dapat melihat tempat orang. Mungkin tahun 2018 ini perlu banyak berjalan untuk menikmati keindahan negeri-negeri di Malaysia dahulu..bila ada rezeki dan berkemampuan baru lah boleh pergi ke luar negara..

Kisah Kasih

Masih merancang untuk mendirikan masjid. teruskan berdoa kerana Allah maha mendengar.

Kisah Kedukaan

Pakcik yang jaga kebajikan aku dan adik beradik lain bila pulang ke kampung telah meninggalkan kami tahun lepas. Sungguh aku sangat sedih, dalam masa yang singkat pakcik aku sebenarnya menghidap kanser tahap 4 yang boleh bertahan 3 bulan sahaja. Allah lebih sayangkan beliau. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Kucing aku juga mengalami komplikasi dalam badan dan tak dapat diselamatkan. tak dapat bayangkan kesakitan yang si comel aku hadapi.

Harapan

Aku tidak menetapkan azam pada tahun ini, cuma harapan aku semoga tahun 2018 menjadi tahun yang lebih bermakna untuk aku dan keluarga. Diberikan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa muhasabah diri untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. moga anda yang membaca juga dapat manfaat.. 

Monday, July 31, 2017

Hujung Minggu..



Sabtu lepas aku menemani seseorang ke Melaka.. Hujung minggu harus la perlu berkongsi alam maya lebih dari biasa bersama manusia2 lain..semua ingin mencari hiburan,ketenangan,makan, ataupun hanya membawa keluarga bersuka ria.. Melaka pun dah jadik bandar yg sesak..aku sempat ke Freeport Melaka,tempat cantik dan boleh bershoping dengan tenang..tp mungkin harga ada yg lebih tinggi @ rendah dari kedai2 di mall biasa.. sempat jugak kami berjalan di jonker walk..melihat2 sahaja..manusia juga ramai di situ..yg paling menjadi kesukaan bila sampai ke Melaka haruslah perlu merasa Asam Pedasnya..sempat makan juga di Kedai Kak Su katanya.. sebelum balik sempat juga singgah di Pasir cantik..tapi mengambil gambar hanya di lalang sahaja.. hangat & ramai manusia juga.. jadik di manakah tempat yg hanya ada sedikit manusia???

Tuesday, May 30, 2017

Tahun 2017 -

Assalammualaikum pd yg sudi menjengah..

Terlalu lama tidak menulis apa-apa di sini..sungguh tiada kekuatan untuk menulis apa-apa di alam maya..tapi,seminggu lepas,bila ada orang yg bercakap alam maya ini jika kita ikut jalan ke arah putih dan boleh kawal ia,tahu tanggungjawab inshaAllah,akan baik2 sahaja.. 
Hari ini Ramadhan ke empat,syukur alhamdulillah masih di beri kesempatan untuk berpuasa..setahun berlalu banyak perkara suka duka yg terjadi..biarlah kita ambik yg baik2 itu jadi kan kenangan dan yang buruk jadikan pengajaran yang boleh membuat kita lagi kuat.. aku redha apa yang berlaku dalam hidup aku sepanjang tahun ini..dan aku mahu lebih kuat dan lebih menghargai diri sendiri.. Allah telah beri jalan cuma aku tak ikut dan pura2 tak sedar.. sungguh rasa rugi bila setahun hidup berlalu begitu saja..
Keputusan muktamad perlu dibuat..aku tidak mahu jadi beban atau menyusahkan sesiapa.. aku cuma mahu mulai niat semuanya kerana Allah..