Friday, June 11, 2010

ulser...

da 8 ari da aku kena ulser..kalo ulser biasa aku x kisah sebab aku rasa mmg aku akan kena tiap2 bulan, sakit mmg sakit...tp kali ni mmg betul2 menguji kesabaran aku..ulser kat lidah..nak berckp,mkn, bc ayat time sembahyang mmg perit smpai nak berair mata...malam pun asik tbangun je kena letak ubat br dpt tido...x penah lg aku kn ulser smpai xle tido.... aku xdela fkr sampai nak g klinik sbb da biasa tp bila bc artikel kat bwh ni...seram jugak...hrp2 cepat la sembuh....

Ulser pada lidah bawa bencana dalam hidup

Pengalaman pesakit

BRANDON (bukan nama sebenar) tidak pernah menyangka ulser bersaiz syiling lima sen pada lidahnya sejak dua minggu lalu bakal membawa bencana dalam hidupnya. Sangkaan ulser itu disebabkan cuaca panas dan kurang minum air meleset apabila ia tidak sembuh selepas dua minggu mengambil ubat antibiotik.

Pada Julai 2003, akhirnya Brandon disahkan menghidap barah mulut. Fikirannya berkecamuk dengan pelbagai persoalan. Kenapa dirinya, apa yang sudah dia lakukan sehingga ditimpa penyakit ini? Bagaimana khabar itu akan disampaikan kepada ibu bapanya? Adakah teman wanitanya sedia menerima keadaan dirinya itu atau patutkah dia meninggalkan saja teman wanitanya itu?

Hampir setiap malam Brandon menangis ketakutan. Namun, dia sedar dirinya harus bersiap sedia menerima sebarang keputusan daripada pembedahan itu, ibu bapa mahupun teman wanitanya.

Selepas sebahagian lidahnya yang terkena barah dibuang, Brandon tidak boleh bertutur lagi. Ketika inilah teknologi khidmat pesanan ringkas (SMS) amat dihargainya selain menggunakan pen dan kertas untuk berbicara. Hidup Brandon tidak lagi seperti dulu.

Selepas dua tahun, Brandon sekali lagi dikejutkan dengan satu benjolan pada lehernya. Sah! ia barah yang sudah merebak ke nodus limfa. Brandon dilanda murung bukan kepalang sehingga dia bersumpah jika diberi peluang meneruskan hidup, pastinya dia akan menyumbang sebanyak mungkin kepada masyarakat.

Kesan pembedahan membuang benjolan di lehernya itu membuatkan Brandon tidak dapat mengangkat tangan. Sebelah bahunya senget dan bermasalah memakai baju. Pembedahan itu menyebabkan suaranya menjadi kasar dan lemah.

Kepada pembaca, Brandon berpesan jangan sesekali mengambil ringan penyakit ini!

Sumber: Berita Harian 16.11.2006

No comments:

Post a Comment