Tuesday, September 18, 2012

Perjalanan Alyn mencari ilmu...


pg tadi pukul 1.30am baru blk dari a'pot...wlpn dlm hati sedih yang amat sangat tapi gembira kerana alyn mampu untuk teruskan perjalanan ke bumi plg jauh dr pulau demi menyambung pelajarannya...semua nya bermula selepas spm,alyn & kwn2 mengisi borang permohonan atas sokongan yg sngt kuat dari guru mereka..lepas result spm keluar alyn x dpt masuk mana2 U, even politeknik pun dia x dpt masuk...alyn cuma dpt msuk form 6..rezeki msg2,tetap bersyukur...

selepas cuti raya bermula la cerita alyn...dia dpt surat tawaran dr KPT untuk meneruskan pelajaran ke Universiti Mut'ah, Jordan...sangat jauh rasanya,tp aku nmpk alyn beria2 untuk sambung belajar ke sana,aku sngt sokong keputusannya wlpn rasa x mampu..kitorg pun pergi beberapa tempat untuk mohon biasiswa..aku katakan padanya,jika biasiswa dpt barulah boleh pegi sbb kos hidup di sana agak tinggi jugak.. 1 dinar = 4.50 ringgit malaysia...setelah turun naik di pusat zakat,akhirnya alyn dpt tiket tajaan dr sana dan kemungkinan besar biasiswa juga...semalam..17 September 2012 mereka telah bertolak...

seawal pukul 7.40 akak,ibu,adik & anak buah menghantar alyn ke KKIA..mereka akan transit d KLIA & kami adik beradik yg lain pulak akan menghantar dia dari sini...pukul 10 am mereka bertolak & sampai dlm pukul 1.15.. pelan asal akan ke a'pot untuk jumpa dia tp dia kata blh balik dulu sbb flight seterusnya pukul 2.00am ke Dubai..jadik akak membawa husband ambik alyn & kawan kat a'pot & bawa balik rumah aku...

sampai rumah x sangka dia btl2 ada kat KL..barang2 yg kami dah beli utk dia kami packing dlm beg yg besar sedikit...setelah semua siap pukul 9.30 mlm kami beramai-ramai pergi ke a'pot...3 buah kereta hantar dia ke a'pot..semua adik beradik aku stay kat a'pot sampai dia boarding dlm kul 12 lebih...masa ni sngt sedih...alyn nangis...aku & akak yg lain juga nangis..tp x mengapa sbb perpisahan ini sementara..selepas 3 tahun setengah kat sana dia akan balik..abg2 yg lain sngt cool nampaknya,siap boleh gelak2..mungkin nak bg semangat kat alyn supaya x sedih sngt..kami menghantar alyn smpai hilang dari pandangan.. sebenarnya kami semua hepy dia pegi untuk blaja kami cuma risau kat mak..dia sngt rapat dgn alyn tp dia pun sngt kuat sbb bg alyn pegi...x thn nak nangis masa tulis ni.. :) kami kuat mgkn sebab arwah ayah aku dulu berhajat sngt tengok anak dia masuk U, apatah lg dlm bidang agama..syukur alhamdulillah, adik yg plg bongsu alyn nampaknya dah tunaikan hasrat tu..alyn ditawarkan dlm bidang usuluddin,ijazah sarjana muda..

aku & adik beradik yg lain sngt berharap dia tabah dlm mencari ilmu di tanah orang..apatah lg tanah yg sngt jauh dr pulau...semasa aku sedang bercerita ni pun dia dlm flight lg ke Dubai..perjalanan akan ambik masa 8 jam..& akan sambung ke aman 2 jam pulak...semoga segala urusan akan dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T.. semoga adik aku alyn berjaya dalam pelajaran dan seluruh hidupnya..

p/s: sedih bila call mak bgtau alyn dah masuk boarding smpai x thn nangis.. :(

No comments:

Post a Comment